Malaysia Boleh !
Giliran kita pula ganyang
Oleh Hussain Said dan Jumiati Rosly
bhsukan@bharian.com.my
2010/12/27
WIRA dua gol Malaysia, Safee Sali (10) merai jaringannya bersama Kunanlan dan penjaring gol kedua, Ashari Samsudin (kanan) pada perlawanan akhir pertama Piala Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. Norshahrul (gambar kecil) dianggap perancang utama kejayaan besar negara.
EPISOD malam tadi lebih terarah kepada cerita sang Garuda bagai patah sayap dan pulang dengan mimpi ngeri apabila Harimau Malaya mengganas ketika Stadium Nasional, Bukit Jalil menjadi saksi skuad negara tampil gah membaham musuh tradisi, Indonesia 3-0 dalam final pertama Piala Suzuki AFF.
Satu lagi gol disumbangkan oleh pemain gantian Mohd Ashari Samsudin yang masuk menggantikan Amirulhadi Zainal pada minit ke-68.
Apapun, malam tadi harus dirumuskan tuah pengantin baru, Norshahrul Idlan Talaha yang pulang ke Kota Bharu, sehari sebelum perlawanan untuk bersanding apabila mencipta dua gerakan menarik untuk membolehkan Safee dan Mohd Ashari merobek gawang lawan.
“Norshahrul memang seorang pemain yang istimewa,” kata Rajagobal yang harus tidak menafikan betapa penyerang Kelantan itu menjadi arkitek merencanakan dua gol pertama pasukan tuan rumah yang membuka laluan melakar kemenangan besar penuh bermakna.
Dengan wajah riang pengendali yang kian memikat hati peminat tanah air ketika ini menambah: “Saya juga perlu mengucapkan tahniah kepada setiap pemain kerana persembahan bak wira untuk negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan