Haha ! Minggu ini merupakan minggu pertama persekolahan bagi tahun 2011 . Huhu . First day pergi sekolah , pakai baju baru (warna kuning) , huhu . Siap pakai blazer . Kelakar la aku tengok . Haha ! Lepas tu , masuk dewan , ada perhimpunan . Lama la kot . Satu jam . Sighh... Lepas perhimpunan , masuk kelas . Kelas baru , 2A , aku tak tahu kat mana kelas tu . Haha ! Kena duduk belakang , macam apa dah . Panas , boring , ngantuk , semua ada . Huhu . Guru kelas 2A , Cikgu Vion . Dia ajar Sains .Perghh... First day dah banyak homework . Ingatkan tak belajar . Huhu .
Apa2pun , 1D still the best . Kalau ada 1D boleh gurau2 . Haha ! Kacau Beng . Haha ! Kalau kelas baru , nak cakap dengan orang pun susah sebab tak kenal . Huhu .
sharkireen life's
07 Januari 2011
01 Januari 2011
2011 !
SELAMAT TAHUN BARU ! wee~! Dah tahun baru , azam pun kena baru . Haha ! Aku pun tak tahu apa azam aku untuk tahun baru ni . Huhu . Tapi , yang penting , aku kena belajar sungguh2 demi ibu bapaku . Huhu . Apa2pun , tahun 2010 mempunyai banyak kenangan yang manis bagi aku . Antaranya ialah dapat jumpa kawan baru terutama sekali budak 1D : Hariz , Zul , Beng , Faizad , Rafiq , Dijah , Shikin , Athirah , Khal , Farah dan lain2 . Huhu . Tapi , tahun depan , kitorang dah tak sama kelas . Aku kena masuk 2A . Huhu .
Apa2pun , SELAMAT TAHUN BARU !
Apa2pun , SELAMAT TAHUN BARU !
30 Disember 2010
We Are The Champion !
Yeah ! Malaysia berjaya menjulang Piala Suzuki dengan agregat 4-2 ! Walaupun kalah 1-2 , tetapi dengan kemenangan 3-0 di Bukit Jalil , Malaysia menang dengan keputusan 4-2 . Huhu . Bagi aku , gol Safee Sali memang cantik . Dua bek tengah terbaik Indonesia pun , tak dapat halang dia . Haha ! Apa2pun , aku nak ucapkan syabas kepada pasukan Malaysia terutama sekali kepada Khairul Fahmi Che Mat , Muslim Ahmad , Safiq Rahim dan Safee Sali .
Malaysia Boleh !
Berakhir kemarau 14 tahun
Malaysia bawa pulang Piala Suzuki; Safee muncul penjaring terbanyak
HARIMAU Malaya seperti memberi 'markah kasihan' kepada Indonesia dan penyokong mereka untuk menang di laman sendiri ketika episod penyudah di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi menyaksikan anak didik K Rajagobal mencipta gemilang ditabal selaku juara baru Piala Suzuki AFF. Di sebalik kekalahan 1-2 gara-gara kealpaan benteng pada lewat babak perlawanan akhir kedua, Malaysia hebat ungguli kejuaraan edisi 2010 atas agregat 4-2 – sekali gus menamatkan kemarau 14 tahun buat menghiburkan jutaan rakyat di tanah air yang bangun menabik skuad masa depan negara. Dalam perlawanan akhir pertama, pasukan negara menang 3-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 26 Disember lalu.
Bagi Indonesia, igauan 1979 nyaris berulang tetapi tetap kecewa gagal menyekat lawan yang pernah menewaskan mereka 1-0 dalam final Sukan SEA di Senayan menerusi jaringan tunggal Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.
Ledakan padu Safee Sali pada minit ke-53 – jaringan yang menerbitkan rasa gelisah jutaan rakyat Indonesia – menjadikan jumlah gol peribadi penyerang Selangor itu kepada lima untuk muncul pemenang anugerah Kasut Emas.
Namun, dua gol Indonesia menerusi Mohammad Nasuha pada minit ke-72 dan Mohammad Ridwan, dua minit sebelum wisel penamat memberi sedikit penawar duka kepada 95,000 penyokong Merah-Putih meskipun menggigit jari melihat trofi yang mereka amat idamkan itu menjadi milik lawan.
Sebaik pengadil meniup wisel penamat, kekecohan kecil tercetus antara penyokong Indonesia, dengan sebahagian daripada mereka membantah sikap tidak ‘sporting’ (kesukanan) sebahagian penonton di tempat duduk paling atas.
Bagaimanapun keadaan dapat dikawal 10,000 pegawai keselamatan diketuai pegawai dari Malaysia, Datuk Dell Akhbar Khan.
Malaysia Boleh !
Berakhir kemarau 14 tahun
Daripada Syed Riduan Ahmad di Jakarta
smriduan@nstp.com.my
2010/12/30
SAFEE cuba melepasi asakan pertahanan Indonesia, Zulkifli Syukur sambil diperhati Norshahrul (kanan) ketika perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi.
HARIMAU Malaya seperti memberi 'markah kasihan' kepada Indonesia dan penyokong mereka untuk menang di laman sendiri ketika episod penyudah di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi menyaksikan anak didik K Rajagobal mencipta gemilang ditabal selaku juara baru Piala Suzuki AFF.
Bagi Indonesia, igauan 1979 nyaris berulang tetapi tetap kecewa gagal menyekat lawan yang pernah menewaskan mereka 1-0 dalam final Sukan SEA di Senayan menerusi jaringan tunggal Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.
Ledakan padu Safee Sali pada minit ke-53 – jaringan yang menerbitkan rasa gelisah jutaan rakyat Indonesia – menjadikan jumlah gol peribadi penyerang Selangor itu kepada lima untuk muncul pemenang anugerah Kasut Emas.
Namun, dua gol Indonesia menerusi Mohammad Nasuha pada minit ke-72 dan Mohammad Ridwan, dua minit sebelum wisel penamat memberi sedikit penawar duka kepada 95,000 penyokong Merah-Putih meskipun menggigit jari melihat trofi yang mereka amat idamkan itu menjadi milik lawan.
Sebaik pengadil meniup wisel penamat, kekecohan kecil tercetus antara penyokong Indonesia, dengan sebahagian daripada mereka membantah sikap tidak ‘sporting’ (kesukanan) sebahagian penonton di tempat duduk paling atas.
Bagaimanapun keadaan dapat dikawal 10,000 pegawai keselamatan diketuai pegawai dari Malaysia, Datuk Dell Akhbar Khan.
27 Disember 2010
Malaysia 3 Indonesia 0
Yeah ! Malaysia menang 3 berbalas 0 ke atas Indonesia . Lama tak rasa keseronokan tengok bola sepak pasukan Malaysia . Kali terakhir aku tengok ialah semasa Malaysia menang pingat emas Sukan SEA di Laos . Semalam aku tengok Malaysia lawan Indonesia kat kampung . Wah ! Tengok ramai2 memang best . Bila gol , kitorang jerit sekuat hati . Haha ! Syok habis ! Bagi aku , pemain terbaik dalam perlawanan semalam ialah Norshahrul Idlan Talaha , penyerang negara . Huhu . Dia tak pentingkan diri sendiri dan bijak . Apa2pun , kita kena tunggu keputusan perlawanan akhir kedua pula di Indonesia . Baru la Malaysia boleh menang . Tapi, bagi aku , Piala AFF Suzuki sudah berada di dalam genggaman pasukan Malaysia . Haha ! Syabas untuk pasukan Malaysia !
Malaysia Boleh !
Giliran kita pula ganyang
Ledakan dua gol Safee, satu Ashari pastikan Malaysia selesa ke Jakarta
EPISOD malam tadi lebih terarah kepada cerita sang Garuda bagai patah sayap dan pulang dengan mimpi ngeri apabila Harimau Malaya mengganas ketika Stadium Nasional, Bukit Jalil menjadi saksi skuad negara tampil gah membaham musuh tradisi, Indonesia 3-0 dalam final pertama Piala Suzuki AFF. Kemenangan penting itu meletakkan skuad bimbingan K Rajagobal di ambang lakaran sejarah untuk menjuarai piala berprestij itu buat julung kali biarpun perlu mengharungi 90 minit lagi baki permainan apabila bertandang di Gelora Bung Karno, Rabu ini. Mohd Safee Sali sekali lagi meledak dengan dua gol pada minit ke-60 dan 72 - sekali gus mengulangi sentuhan tajam ketika membantu Malaysia menundukkan Vietnam 2-0 dalam pusingan pertama separuh akhir yang lalu.
Satu lagi gol disumbangkan oleh pemain gantian Mohd Ashari Samsudin yang masuk menggantikan Amirulhadi Zainal pada minit ke-68.
Apapun, malam tadi harus dirumuskan tuah pengantin baru, Norshahrul Idlan Talaha yang pulang ke Kota Bharu, sehari sebelum perlawanan untuk bersanding apabila mencipta dua gerakan menarik untuk membolehkan Safee dan Mohd Ashari merobek gawang lawan.
“Norshahrul memang seorang pemain yang istimewa,” kata Rajagobal yang harus tidak menafikan betapa penyerang Kelantan itu menjadi arkitek merencanakan dua gol pertama pasukan tuan rumah yang membuka laluan melakar kemenangan besar penuh bermakna.
Dengan wajah riang pengendali yang kian memikat hati peminat tanah air ketika ini menambah: “Saya juga perlu mengucapkan tahniah kepada setiap pemain kerana persembahan bak wira untuk negara.
Malaysia Boleh !
Giliran kita pula ganyang
Oleh Hussain Said dan Jumiati Rosly
bhsukan@bharian.com.my
2010/12/27
WIRA dua gol Malaysia, Safee Sali (10) merai jaringannya bersama Kunanlan dan penjaring gol kedua, Ashari Samsudin (kanan) pada perlawanan akhir pertama Piala Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. Norshahrul (gambar kecil) dianggap perancang utama kejayaan besar negara.
EPISOD malam tadi lebih terarah kepada cerita sang Garuda bagai patah sayap dan pulang dengan mimpi ngeri apabila Harimau Malaya mengganas ketika Stadium Nasional, Bukit Jalil menjadi saksi skuad negara tampil gah membaham musuh tradisi, Indonesia 3-0 dalam final pertama Piala Suzuki AFF.
Satu lagi gol disumbangkan oleh pemain gantian Mohd Ashari Samsudin yang masuk menggantikan Amirulhadi Zainal pada minit ke-68.
Apapun, malam tadi harus dirumuskan tuah pengantin baru, Norshahrul Idlan Talaha yang pulang ke Kota Bharu, sehari sebelum perlawanan untuk bersanding apabila mencipta dua gerakan menarik untuk membolehkan Safee dan Mohd Ashari merobek gawang lawan.
“Norshahrul memang seorang pemain yang istimewa,” kata Rajagobal yang harus tidak menafikan betapa penyerang Kelantan itu menjadi arkitek merencanakan dua gol pertama pasukan tuan rumah yang membuka laluan melakar kemenangan besar penuh bermakna.
Dengan wajah riang pengendali yang kian memikat hati peminat tanah air ketika ini menambah: “Saya juga perlu mengucapkan tahniah kepada setiap pemain kerana persembahan bak wira untuk negara.
12 Disember 2010
Muar !
Salam . Minggu lepas , hari Sabtu , aku ngan keluarga aku pergi Muar . Ada majlis kahwin kakak saudara . Selain tu , aku pergi ke Balai Polis Bukit Kepong . Best . Tempat bersejarah tu . Huhu . Ada pameran sekali . Yang bestnya , dapat ambik gambar . Hehe . Pakai kamera baru . Haha ! Berikut adalah hasilnya :
Monochrome :
Monochrome lagi :
Selamat Pengantin Baru Kak Ida dan Abang Herman
Monochrome :
Monochrome lagi :
Selamat Pengantin Baru Kak Ida dan Abang Herman
Langgan:
Catatan (Atom)